Keberkatan Dhuha.

• Masa : 4:34:00 PTG • Ulasan : 4 • Label :



Assalamualaikum. Selamat pagi? Haa? Tidur lagi? Haha, jangan begitu, nanti rezeki tak masuk. Bangun! Bangun! Bangun lah dari mimpimu yang menipu. :p

Alhamdulillah, jangan lupa untuk ucap syukur atas segala ni'mat yang Allah berikan pada kita setiap hari. Dapat bangun pagi dalam keadaan sihat merupakan satu ni'mat yang amat besar.

Ok, hari ni saya nak sharing tentang something yang berlaku pada diri saya sendiri. Dan saya rasa benda ni rugi kalau saya tak share dengan kamu semua. Dua tiga hari lepas, waktu pagi, bangun lah macam biasa, buat kerja, menulis dan sebagainya. Sebenarnya pagi tu runsing sebab fikirkan beberapa perkara yang belum settle.

Pertama sekali, saya nak print manuskrip Novel Hikmah Sebalik Takdir yang telah pun siap diedit sepenuhnya. Cuma masalahnya, printer rosak dan ink pun memang dah kering. (Kering macam duit dalam poket, almaklumlah dah hujung sem, haha.). Kemudian terfikir juga, kalau nak senang print saja dekat kedai. Tapi scroll dua tiga kali manuskrip novel tu, hanya mampu ketawa. 190 lebih muka surat! Kalau print dekat kedai maunya kena 10 ke 15 ringgit ni. Bukan nak kedekut, tapi hujung-hujung sem ni memang kena tahan sikit nak keluar duit. Kalau tak makan rumput lah jawabnya, haha. Akhirnya niat nak print manuskrip tu ditangguh seketika. Tunggu masa yang sesuai.

Yang kedua, saya nak balik ke Kedah sebenarnya, tapi jujurnya di dalam dompet duit hanya cukup-cukup untuk makan beberapa hari. Kalau tiket nak balik Kedah ni mau ditelannya paling kurang RM 50. Kalau ditunggu 'gaji' masuk, jawabnya tak balik lah sem ni. Sedih dan sadis.

Buat seketika, diri terasa lemah, penat, tak bermaya. Akhirnya saya pergi ke toilet, ambil wudhu, hampar sejadah, dan Solat Dhuha.

Solat Dhuha.


Kita semua tahu akan kelebihan Solat Dhuha. Solat penarik rezeki. Cuma tinggal antara yakin dengan tak yakin sahaja. Tapi bila kita ditimpa susah, sudah tentu yakin tu datang dengan sendirinya. Bila senang tak nak buat, dah susah baru ingat nak cari sejadah. Astaghfirullahala'zim. Tak mengapa. Moga kita rajin buat lepas ni tak kira susah atau senang. In Shaa Allah.

Saya pun solatlah dua rakaat Dhuha. Kemudian selesai solat doa sungguh-sungguh pada Allah agar dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, selesai solat terasa tenang dalam hati.

Doa selepas Solat Dhuha


Bantuan Allah.

Lepas solat saya tengok Whats App. Ada kawan mesej katanya lebih kurang begini ;

"Saya nak offer ni. Ade nak print or photostat apa-apa tak? Sebab nak habiskan ink printer. Khamis ni dah nak bawak balik rumah."

Waktu baca mesej Whats App kawan ni, saya terkedu sekejap. Baru saja sekejap tadi saya minta Allah mudahkan urusan, tak sampai beberapa minit terus Allah bagi. Masya-Allah, Subhanallah. Allah maha besar. Alhamdulillah, manuskrip Novel Hikmah Sebalik Takdir berjaya diprint dengan jayanya.

Kemudian, petang lepas Zohor saya turun ke bawah blok. Kebetulan saya terserempak dengan junior saya. Kemudian katanya ;

"Cik Halim, saya nak pulangkan duit Cik Halim hari tu. Cik halim ada pinjamkan. Saya belum bayar."

Ya Allah! Buat kali kedua saya terkedu. Jujurnya saya tak ingat langsung saya ada pinjamkan duit pada junior tu. Tiba-tiba dia cakap saya ada pinjamkan dan dia berikan saya RM 50. Subhanallah, duit nak beli tiket balik dah settle!


Yakin dengan Allah

Benarlah apa yang selalu saya dengar tentang kelebihan solat Dhuha sebelum ini. Cuma hari ni Allah betul-betrul tunjukkan pada saya. Sebenarnya solat Dhuha itu hanyalah usaha kita dalam memohon bantuan Allah. Apa yang penting adalah kita yakin dengan Allah. Bila kita minta Allah mesti bagi. Cuma bagaimana, bila dan apa yang Allah bagi tu saja mungkin kita tak dapat agak. Cuma yakin saja, cepat atau lambat, Dia pasti bagi. :)

So, tengah buat ape tu? Tidur? Astaghfirullahala'zim, rezeki tak masuk nak, haha. Jom solat Dhuha. :)


4 ulasan:

@ainaabeautyanis.naa berkata...

alhamdulillah. Masya-Allah tak disangka-sangka Allah permudahkan segala urusan saudara Halim.

Unknown berkata...

Alhamdulillah, :). Semoga semua urusan kita dipermudahkn Allah

Farzana Damanhuri berkata...

Hem, nak selalu buat solat sunat Dhuha lah pasni. Mana tahu boleh dapat hadiah lagi daripada Cik Halim. :DD

Unknown berkata...

Haha,Rajin-rajin lah buat. In Shaa Allah murah rezeki. :)

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious