Matlamat.

• Masa : 5:03:00 PG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t... :-)
Apa khabar pembaca sekalian? Moga sihat seadanya....alhamdulillah masih diberi keizinan menulis. Hari ini nak berkongsi sedikit tentang matlamat. Kenapa matlamat? Haha...sebab baru-baru ni saya dijemput untuk memberi pengisian pada junior-junior yang baru. Semasa dijemput, sebenarnya hati ini berat ingin memenuhi. Bukannya apa, cuma rasa tidak layak. Rasa ada orang yang lebih baik yang sepatutnya dipanggil.

Cuma setelah berfikir dua tiga kali, saya terima juga permintaan ini kerana menganggap ini sebagai satu peluang untuk berkongsi rasa dan peluang untuk membaiki diri sendiri. Apa kaitannya memberi pengisian dengan membaiki diri saya sendiri?

Novel-Bab 10

• Masa : 10:05:00 PG • Ulasan : 1 • Label :
BAB 10
 "Sial! Celaka kau Mus!!"
Hamun Najmi. Setelah selesai ceramah tadi, dia terus bergegas pulang ke asrama. Ingin dilihat 'hartanya', sama ada diusik pengawas ataupun tidak. Masuk saja ke dalam dorm tadi, terus mengamuk lelaki itu. Mana tidaknya! Mangga lokernya dipotong. Rokoknya dirampas. Habis hilang semua barang larangan yang dibawanya.
"Ahh!! Benci aku asrama ni! Itu tak boleh, ini tak boleh! Sial!"
Adik-adik kecut perut melihat senior mereka begitu. Cepat-cepat mereka bersiap dan keluar dari dorm. Takut mereka melihat Najmi mengamuk, tak ubah seperti orang gila.
"Relax Najmi, relax!" Hazami cuba menenangkan suasana, walaupun dia sendiri sebenarnya gerun melihat Najmi sebegitu.
"Relax apanya? Habis semua barang aku dirampas celaka tu! Kalau aku jumpa, memang mampus semua pengawas aku kerjakan!"
"Sabar Najmi,sabar. Kalau kau pukul pengawas, nanti kau kena panggil lagi. Kena hukuman tatatertib lagi. Lagi susah," kata Hazami memujuk.
"Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Jadi pak turut? Ikut saja semua arahan mereka!" Kasar suara Najmi. Dadanya berombak menahan marah.
"Haa...kita kena bijak Najmi. Kita seksa pengawas-pengawas ni semua dalam diam-diam!" Idea jahat terbit dari mulut Hazami.
"Seksa diam-diam? Maksud kau?" Soal Najmi tidak mengerti.
"Begini...."

Pesta Buku SACC

• Masa : 9:24:00 PG • Ulasan : 0 • Label :


Alhamdulillah.. kita merancang, tetapi perancangan dan aturan Allah selalunya lebih baik. Ketika waktu cuti, ada terbaca mengenai novel Margasatwa karangan Saidee Nor Azam. Pertama kali tengok kulit depan novel tu terus teringin nak dapatkan. Haha...ditambah dengan sinopsis yang agak menarik....lagi la teringin. Mula-mula cuba cari di area sungai petani. Tapi tak dapat. Kecewa, tapi rupa-rupanya Allah nak aturkan yang lebih baik.. Pesta Buku!!

Haha...ada pesta buku dekat Shah Alam Convention Centre. Nasib baik tak beli lagi..haha..kalau beli di pesta buku boleh dapat murah.

Novel-Bab 9

• Masa : 3:49:00 PG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 9
 "Mana Syahril dan Irzan?" Soal Ustaz Rahman pada Mustakim.
Mustakim hanya membisu. Dia tidak tahu hendak memberi alasan apa pada wardennya itu. Sebentar tadi dia sudah maklumkan pada dua sahabatnya itu bahawa ustaz ingin berjumpa mereka bertiga. Tapi entah kenapa, dua lelaki itu buat endah tak endah sahaja dengannya. Semenjak dari peristiwa malam itu, Mustakim perasan yang mereka berdua cuba menjauhkan diri darinya. Dipujuk hatinya agar bersabar. Kata-kata Amiruddin masih tersimpan kemas di hatinya.
"...bayangkanlah kalau Rasulullah itu seorang yang tidak sabar abang....nescaya Islam akan terkubur di bumi Mekah dan kita tidak akan merasai ni'matnya."
"Mustakim!"
"Ahh...ya, saya ustaz!"
Mustakim kembali ke alam nyata. Imbauan semalam terlerai.
"Termenung pula kamu ni. Ni Shahril dan Irzan dah datang."
Mustakim memandang dua lelaki itu. Mereka membuatnya seperti tidak wujud. Tidak bertegur walau sepatah kata.
"Begini...saya dan Cikgu Ramzi dah berbincang yang kita akan adakan satu spotcheck asrama mengejut."
Shahril dan Irzan saling memandang. Mustakim kelihatan tenang.
 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious