novel-bab2

• Masa : 10:39:00 PG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 2
Aina Nasuha melangkah masuk kedalam surau An-Najjah. Suasana sepi. Belum ada sesiapa disitu. Waktu sekarang pelajar rata-ratanya berada dipadang untuk beriadah. Mungkin juga berada dikelas untuk mengulangkaji pelajaran. Malah tidak kurang juga yang berada didorm membuat peta diatas tilam. Tidur petang! Amalan itu boleh dikatakan sudah sebati dalam jadual harian sesetengah pelajar. Namun, bagi Aina, amalan tidur petang sangatlah tidak baik. Dia lebih rela termenung daripada tidur selepas waktu asar. Waktu petang begini, Aina lebih suka menghabiskan masanya di surau. Menatap kalamullah yang menenangkan jiwa pembacanya.
Aina tidak pernah lupa satu hadis yang pernah dia pelajari tentang Al-Quran. Melalui hadis tersebut….
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat dalam kalangan manusia.” Sahabat bertanya, “Siapakah mereka, Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Mereka adalah ahli Al-Quran, mereka kerabat Allah dan orang pilihan-Nya.”
( Hadis riwayat Ibnu Majah )
Semenjak mendengar hadis itu, Aina berazam untuk menjadi kerabat Allah. Dia rajin membaca Al-Quran. Malah dia sekarang sudah menghafaz banyak surah-surah pilihan. Dalam diam-diam, dia menanam azam untuk menjadi penghafaz Al-Quran.

Novel Hikmah di Sebalik Takdir-Bab 1

• Masa : 4:58:00 PTG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 1
Petang itu, sebuah Proton Saga merah meluncur tenang memasuki kawasan sekolah. Keadaan sekolah sudah tidak sesak lagi pada masa ini. Hanya kelihatan beberapa buah kereta sahaja yang melintas dalam arah yang bertentangan. Sesekali dia mengerling jam di dashboard kereta. Bimbang dia terlewat. Pasti akan didenda! Sebenarnya dia yang meminta abah untuk menghantarnya lewat sedikit ke sekolah, kerana hari ini adalah hari pertama persekolahan. Pasti sesak kalau datang awal! Dia lebih suka keadaan lengang seperti ini, lebih tenang. Tidak perlu bersesak-sesak dengan kereta waris pelajar sekolah ini yang hampir mencecah 800 orang. Satu jumlah yang agak ramai bagi sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) ini.
Sekilas pandangannya ditebarkan kearah kanan jalan. Terbentang indah padang sekolah yang menghijau. Dihiasi pula oleh panorama semulajadi sekolah yang dikelilingi oleh sawah padi yang luas. Sangat menenangkan jiwa sesiapa yang melihatnya. Senyuman spontan terukir dibibir. Entah kenapa, dia sangat gembira setiap kali kembali kesekolah. Perasaannya lebih tenang disini berbanding dirumah. Dia lebih memilih suasana kampung yang damai daripada suasana bandar yang menyesakkan!
 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious