Bagaimana nak ke Syurga???

• Masa : 5:00:00 PTG • Ulasan : 0 • Label :
sumber : Google

a : nak makan di mana ni?

b : kat steamboat D'kayangan la...

a : area mana tu? aku xtahu sngat jalan ni... (driver)

b : xpa..kita cuba ja cari dulu.....

sejam kemudian.............

b : teruk la mcm ni.....xjumpa jalan....

a : haaa... guna ja GPS!!! (alat pandu arah)


b : aa la kan...knapa la tak pikir dr awal!! (tepuk kepala sendiri)

10 minit kemudian..........

tiba di steamboat D'kayangan.....

kadang2 nak cari hala tujuan didunia pun kita boleh tersesat...

apatah lagi nak cari hala tuju ke AKHIRAT!!!!

bayangkan seorang driver tak tahu arah ke tempat tujuan...

dia bukan saja menyesatkan diri dia...

malah turut menyesatkan penumpang2nya yang lain....

begitulah kita dengan matlamat akhirat....

SUAMI perlu ada 'ALAT PANDU ARAH' untuk ke akhirat..

kalau tak..dia akan menyesatkan anak2 dn isterinya dari laluan untuk ke syurga.....

apakah 'ALAT PANDU ARAH' yang dapat memandu kita didunia ini untuk ke akhirat??

itulah Al-Quran & As-Sunnah....

"Telah aku tinggalkan kepadamu dua perkara, dan kamu tidak akan tersesat selagimana kamu berpegang kepada kedua-duanya...itulah Al-Quran dan As-Sunnah"

~Hadis sahih~

*terkilan bila dapati masih ramai orang yang xdapat membaca Al-Quran...marilah belajar... 








Tiada ulasan:

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious