Masaku..................

• Masa : 3:52:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :
sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t... :)

Jari ini kembali menari....alhamdulillah masih ada kekuatan untuk mencurahkan idea disini....kadang-kadang ada yang berkata...

"Awal-awal semangat la...lama-lama nanti sepi!!"

"Elleh..kejap ja tu...tak lama pun..."

Ini antara komen negatif apabila ada diantara kita memulakan sesuatu yang baru...ini lah salah satu penyakit kita....lebih suka 'menghancurkan' semangat daripada memberi semangat....moga kita tak termasuk dalam golongan ini. Aminnn.


InsyaAllah...setakat ini Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang sangat menyokong dan memberi semangat.....moga apa yang dibuat ini bukan sekadar 'angan-angan' kosong sahaja.....

Hem...berbalik kepada persoalan kita hari itu...

"kenapa nak menjadi penulis?"

maka jawapan saya yang kedua adalah..

2. Masaku Terisi Dengan Sesuatu yang berfaedah

Tidak dinafikan bahawa masa muda merupakan masa 'keemasan'. Kenapa?

Kerana diwaktu muda inilah fikiran kita masih 'fresh'.
Kerana diwaktu muda inilah badan kita masih bertenaga.
Kerana diwaktu muda inilah semangat kita masih berkobar-kobar.
Kerana diwaktu muda inilah yang akan menentukan masa 'tua' kita.

Semua kelebihan-kelebihan diatas ini hanya sekali kita dapat merasainya. Seandainya terlepas, maka masa tidak akan berulang kembali. Maka...

PERGUNAKANLAH MASA MUDAMU SEBAIK MUNGKIN...

sekadar perkongsian....

kadang-kadang saya mendapati ramai anak-anak muda yang sering menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.....

1. menonton movie@rancangan realiti sehari suntuk...
2. tidur dari pagi ke petang
3. melayari internet tanpa arah tujuan...

dan bermacam-macam lagi....

bagaimana saya boleh tahu??

sebab saya juga anak muda dan saya juga selalu 'terbabas' melakukan itu semua.....

kerana itulah kita perlu mengambil tindakan....mari ubah cara hidup kita....
isi dengan melakukan sesuatu yang berfaedah...
bermula dari bawah, kemudian kita merangkak, berjalan dan seterusnya berlari....
jangan biarkan masa muda kita berlalu dengan begitu sahaja tanpa kita lakukan sesuatu yang dapat menyumbang untuk Ummat....
jangan biarkan masa muda kita berlalu dengan sia-sia begitu sahaja...
kerana masa muda itu adalah aset...
aset pinjaman pemberian dari Allah...
yang akan ditanya kembali diakhirat kelak....

dalam satu hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud..

"Tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di padang Mahsyar) pada hari kiamat kelak sehingga disoal kepadanya 4 perkara...

1.Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan.

2.Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan

3.Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan.

4.Tentang ilmunya apakah diamalkan dengannya.

~Hadith riwayat Imam At-Tarmizi~

dah ada jawapan untuk soalan-soalan ini?

insyaAllah belum terlambat bagi yang ingin berubah...

mari....

kita fikirkan apa yang kita ada untuk sumbangkan untuk Ummat.... :)

wassalam.



2 ulasan:

Unknown berkata...

Pedulikan kata2 yg meruntun semangat dan teruskan perjuangan, lillah:)

Unknown berkata...

syukran al-Humaira Ramli.. :)

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious